10 pesanan abang kepada usahawan baru nak mula. 1. Nak berjaya letup-letup senang, nak kekal berjaya letup-letup susah. Jadi, sila beringat di hari letup-letup supaya tidak terciduk di hari kuncup-kuncup. 2. Jika ada hati nak berkembang luas, jaga rekod CCRIS, CTOS dan jangan lupa bayar income tax. Rekod cantik, banyak bank nak hulur bantuan kewangan untuk kita kembangkan perniagaan. 3. Cash is king. Kuatkan cash reserve. Ada duit simpan, ada duit simpan, ada duit simpan. Mana tau tiba-tiba nak guna masa emergency. 4. Office gah, kilang canggih, restoran mewah boleh tunggu dulu. Kita fokus upgrade imej perniagaan bila dah ada duit lebih nanti. Sekarang fokus pada jual beli, jual beli, jual beli, perkasakan duit rolling dulu. 5. Kereta sukan, motor sukan semua boleh tunggu, jangan ikutkan sangat nafsu, kita tengok orang beli, kita pun nak beli. Poket kita tebal 2 inci, poket orang tu tebal 20 inci. Kita separuh mati hidupkan roadtax, orang tu sambil bersin bayar roadtax. Tak sama ...