Zikir Makbul Hajat Aamiin 🤲 Suamiku Imamku Isteriku Makmumku

Zikir Makbul Hajat Aamiin 🤲 

Suamiku Imamku Isteriku Makmumku

Saya baca bila saya ada hajat.  Nak operatekah, nak periksa anakkah, temudugakah, apa bendakah.

Saya akan baca zikir ni, saya akan baca doa.

Minta supaya hajat ni dimakbulkan Tuhan. 

Jadi sebelum Tuan-Tuan berhajat, berdoa, baca dulu zikir ni, lepas tu baru Tuan-Tuan berdoa.


Bismillahirrahmanirrahim.

La ilaha illallah. Al-Azimul Halim.

La ilaha illallah. Rabbul Arsyil Azim.

La ilaha illallah. Rabbul Samawat.

Warabbul Arb. Warabbul Arsyil Karim.

Baik, habis baca doa ni, baru Tuan-Tuan dam Puan-Puan hajat baca doa.

Motivasi Hidup Apabila Menjejak Usia 40 Tahun


Selepas usia 40 tahun, kurangkan 10 perkara ini dan gandakan 10 perkara yang lain.  Memasuki usia 40 tahun merupakan fasa perubahan.

Tubuh, minda, dan keutamaan hidup mula mengalami anjakan.

Apa yang dulunya terasa mudah dilakukan, kini mungkin memberi kesan yang berbeza. Oleh itu, penting untuk menyesuaikan gaya hidup agar tetap sihat, produktif, dan bahagia.

Berikut adalah 10 perkara yang perlu mula dikurangkan dan 10 perkara yang perlu digandakan selepas usia 40 tahun.

10 perkara yang perlu dikurangkan selepas usia 40 tahun

1. Tidur - Kualiti tidur sangat dipengaruhi oleh hormon, metabolisme, dan kesihatan mental. Mengurangkan tidur bermakna memberi masa kepada badan untuk pulih.

2. Gula tinggi - Gula berlebihan meningkatkan risiko diabetes, pengumpulan lemak, dan pengumpulan sel.

3. Makanan segera

4. Duduk terlalu lama

5. Memaksa bekerja tanpa rehat

6. Kerja berlebihan

7. Multitasking (Pelbagai tugas)

8. Alkohol dan merokok

9. Mengabaikan pemeriksaan kesihatan

10. Sosial yang toksik

10 perkara yang perlu digandakan selepas usia 40 tahun

1. Sayur-sayuran dan buah-buahan

2. Aktiviti fizikal yang kerap

3. Bersenam 

4. Air putih

5. Tidur mencukupi

6. Latihan mental

7. Masa bersama keluarga

8. Pemeriksaan kesihatan yang kerap

9. Perancangan kewangan - Simpanan, Pelaburan, Takaful 

10. Protein

Kita perlu ingat usia 40 tahun bukan tanda tua tetapi tanda untuk kehidupan yang lebih peka dan bijak.

Dengan mengurangkan tabiat tidak sihat dan menggandakan perkara positif anda boleh kekal bertenaga, produktif, dan bahagia sehingga usia tua.

Heart break 2025

Today I saw this lady at Pasar malam tengah bayar dia punya ayam goreng, she accidentally open her M2U to check her balance as the guy said that he return her balance. What shocked me that her balance account was six digits. At this point I was like 😫 fugg dowh.. kau buat ape sia sampai banyak gile papeng duit dalam kau?  

To make RM 1,000,000 you need to your make first RM100,000. Apa yang aku tengah buat ni? I'm far from making side hustle for extra RM1,000 a month and way behind to generate first grand to next ten grand RM10,000. 

I missed so many opportunity and not enjoying life like many others because every move is a calculated step based on current balance. I used to believe in "whatever man's mind can conceive and believe the body will achieve" sugg it like a mantra for many many years. But it seems to be dark and murky than expected. Sedangkan orang lain senang je dapat but aku kena tunggu lama? Bila tunggu lama banyak la benda dah terlepas sampai fed up nak hadap. As time goes by just boleh tengok jela orang lain yang "dapat" segala. Orang yang ikut peraturan memang susah nak berjaya kalau ikut yang salah nanti seksa diri pulak? Actually it's easy to just give up but why the same dream and desire always came in to my mind? Yet the weird part was it stick like effing hard until now.

Why dowh? Why orang yang dapat macam² kelebihan yang aku tengok lifestyle cam haram jadah. Naik bosan cakap dan fikir pasal ni, sebab apa aku buat sepanjang masa ni tak mendatangkan hasil as apa pun untuk gandakan $$ pendapatan especially simpanan dan pelaburan. 


BESARKAN ANAK-ANAK : IKAT HATI DIA, BUKAN JASAD DIA

Anak yang dibesarkan dengan marah-marah…
dia mungkin nampak baik di depan kita. Tapi di belakang kita, dia akan jadi diri dia yang sebenar. 

Ini yang saya perhatikan dalam membesarkan 8 orang anak; 5 anak dah usia remaja, 3 masih kanak-kanak. 

Lagi-lagi bila anak-anak mula masuk fasa remaja — fasa di mana mereka mula fikir sendiri... mula rasa besar... mula nak tentukan hidup sendiri... 

Walaupun anak-anak ni satu rezeki yang menceriakan hidup kita. Tapi dalam masa sama, mereka juga adalah ujian besar dalam hidup kita. 

▪️Ujian Anak Kecil vs Remaja 

Masa mereka kecil, ujiannya senang nampak…

Tak cukup tidur… Bangun buat susu tengah malam… Anak menangis tak tahu sebab apa... Tilam basah setiap hari… 

Badan kita penat… Esok pagi pula nak pergi kerja. 

Itu ujian masa anak kecil.
Tapi bila dah besar, ujiannya lain… 

Kita mula risau dia kawan dengan siapa.
Kita takut dia terpengaruh dengan benda tak baik.
Kita takut dia balik lambat… atau tak balik.

Badan tak letih macam dulu, tapi otak dan emosi kita pulak letih. 

Masa dia kecil, kita boleh kawal segalanya. Tapi bila remaja… itulah masa kita sedar - kita tak boleh kawal dia 100% lagi.

Yang boleh kawal dia hanyalah ikatan hati dia dengan kita.

▪️Anak Remaja Buat Pilihan Sendiri 

Anak-anak ni, kita boleh larang, kita boleh ugut, kita boleh marah… Tapi sebenarnya kita cuma boleh kawal jasad dia, bukan hati dia… 

Kalau selama ni dia patuh sebab takut kita, bukan sebab dia sendiri nak… 

Nanti bila masuk remaja, barulah kita nampak wajah sebenar dia. Dia akan pilih jalan hidup dia sendiri.

Dan masa itulah kita mula sedar…
Marah-marah kita selama ni tak pernah berjaya mengubah hati dia. Ia cuma menekan — tapi tak pernah membentuk peribadi dia jadi lebih baik! 

Jadi apa yang patut kita buat sebelum terlambat? 

▪️Belajar Pegang Hati Anak-anak 

Saya nampak cuma satu, iaitu PEGANG HATI DIA… 

Bagi dia nasihat yang baik.
Bagi dia rasa disayangi.
Bagi dia rasa dihormati.
Bagi dia rasa suara dia didengari.

Kalau kita masih layan dia macam budak —
boleh dibentak, boleh dipaksa, boleh dimarahi bila-bila… 

Jangan terkejut kalau satu hari nanti dia pilih dengar cakap kawan-kawan dia lebih daripada kita! 

Sebab kawan-kawan lebih cool… lebih sporting… lebih memahami… 

Kalau itu berlaku, anak kita dalam bahaya. Yang membentuk hidup dia bukan lagi kita, tapi kawan-kawan dia. 

Kalau dia dapat kawan baik — alhamdulillah. Tapi kalau dia dapat kawan yang tak baik… dia dalam bahaya! 

▪️Selamatkan Dia Sebelum Terlambat 

Jalan selamatnya, kita kena jadi kawan yang dia paling percaya. 

Kita kena cepat-cepat jadi orang yang dia rasa paling selamat untuk bercerita. Jadi tempat yang dia datang dulu bila dia takut, malu atau tersilap. 

Sampai dia boleh cerita:
“Papa, Mama… saya suka seseorang…”
“Papa, Mama… saya takut saya dah buat silap…”
“Papa, Mama… saya nak dapatkan nasihat dan pandangan…” 

Bila tu berlaku, itu tanda dia selamat. Sebab dia pilih kita — bukan orang luar — untuk dia percaya… 

▪️3 Perubahan Besar Saya Dengan Anak-Anak

Untuk selamatkan anak-anak saya, ini perubahan yang saya buat pada diri saya. 

1️⃣ Lazimkan peluk anak-anak — walaupun dah remaja 

Kami suami isteri peluk anak-anak hampir setiap hari.

Saya perasan bila selalu peluk:
• hubungan jadi rapat
• hati jadi lembut
• tegang jadi reda

Bila hati dah dekat, cakap perlahan-lahan pun mereka mudah dengar. Tak perlu jerit-jerit. 

2️⃣ Layan mereka macam orang dewasa 

Anak remaja bukan tempat lepaskan marah. Dia pun manusia macam kita — nak dihormati, nak didengar, nak disayangi. 

Kalau kita hormat orang dewasa lain, kita kena belajar hormat anak sendiri.

Kalau nak marah, tahan dulu…
Sabar dulu…
Bincang dulu…

Kadang kita kena buang ego kita sendiri sebagai ayah ataupun ibu. Jangan cepat nak hukum “anak derhaka” kalau mereka tak dengar cakap kita… 

3️⃣ Jaga tingkah laku kita 

Ini yang paling besar kesannya.

Saya perasan:
👉🏻 anak-anak mungkin tak dengar cakap kita, tapi dia tak pernah gagal tiru PERANGAI kita! 

Kalau kita kasar, dia belajar kasar.
Kalau kita lembut, dia belajar lembut.
Kalau kita sabar, dia belajar sabar.

Kita adalah master copy yang dia akan tiru tanpa gagal!

Jadi sentiasalah perbaiki tingkahlaku kita… Ia akan jadi contoh ikutan bagi anak-anak tanpa kita sedar… 

▪️Semakin Besar, Semakin Hilang Kawalan 

Hakikat yang kita kena sedar, semakin anak membesar, semakin hilang kuasa kita untuk kawal hidup mereka. 

Yang tinggal hanyalah hati mereka yang terikat pada kita. 

Kalau hati tu terikat dengan kasih sayang, dia akan selamat. 

Kalau hati tu terikat dengan orang lain, dia boleh hanyut bila-bila masa. 

Akhirnya kita akan sedar yang kita tak mampu kawal anak-anak kita. Kita perlukan super power untuk jaga mereka… 

Kita perlukan Tuhan… 

Kudrat kita terlalu kecil.
Kita tak mampu jaga anak setiap masa. 

Sebagai ibubapa, jangan putus berdoa buat anak-anak. Sebagaimana doa yang Allah sendiri rakamkan dalam Al-Quran; 

“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat, dan demikian juga anak cucuku. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” — (Surah Ibrahim 14:40)

“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami pasangan dan zuriat sebagai penyejuk mata, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang bertaqwa.” — (Surah Al-Furqan 25:74)
Aa

Bila Rancangan Tak Jadi Seperti Dirancang

Alkisahnya begini… aku sudah buka akaun Bank Islam masa lepas Covid, lebih kurang tahun 2022. Masa tu semangat lain macam — konon nak mula menabung dalam akaun Al-Awfar, sebab terinspirasi nak bina simpanan “halal style” dan mungkin kalau ada rezeki, menang cabutan RM 1 Juta ke siapa tahu kan? 😅


Jadi aku pun pergilah ke cawangan Bank Islam. Sampai kaunter, pegawai tanya:

“Encik nak buka akaun untuk apa ya?”

Aku pun jawab confident, “Untuk Al-Awfar, saya warganegara Malaysia, umur pun dah lepas 18, cukup syarat lah kan?”


Tapi biasalah, ikut prosedur Bank Negara Malaysia (BNM) semua kena ikut buku — IC, lesen, kad pekerja semua nak tengok. Malangnya, masa tu lesen aku tertinggal kat MBSJ Subang Jaya sebab sebelum tu aku pernah bagi kat kaunter untuk tukar kad pelawat. Habis, masa nak buka akaun tu terus sangkut.


Lagi lucu, aku parking jauh gila dekat kawasan foodcourt sebab konon nak elak jem. Lepas tu tersilap bangunan — Bank Islam tu rupanya satu blok lepas Melawati Mall. Hahaha, memang hari tu rasa macam episod “Lawak Minggu Ini”. Dah la panas, menapak jauh, last-last tak dapat buka akaun sebab lesen takde. Hampa betul. Akhirnya kena patah balik ke MBSJ ambil lesen, lepas tu datang semula hari lain baru semuanya settle.


<<Selitan Kenangan Lama>>


Masa aku belajar kat universiti dulu, sekitar tahun 2007, ada satu subjek Ketamadunan Islam. Dalam subjek tu, kami kena buat tugasan tentang muamalat Islam. Kami pilihlah Bank Islam untuk dijadikan bahan kajian. Masa tu kami jumpa seorang pegawai lelaki di cawangan Kuantan (aku dah lupa nama dia), tapi satu ayat dia sampai sekarang aku ingat:


“Kalau bukan KITA orang Islam yang bantu muamalat Islam, siapa lagi?”


Ayat tu betul-betul melekat dalam kepala. Dari hari tu aku tanam dalam diri — bila satu hari nanti aku nak buat pinjaman ke, urusan kewangan ke, aku akan cari Bank Islam dulu.


Dan ya, aku memang cuba buat macam tu. Tahun 2012, masa nak beli kereta, aku cari Bank Muamalat sebab masa tu dia ada tawaran special rate untuk pekerja kerajaan dan syarikat GLC macam Petronas dan anak-anak syarikatnya. Kebetulan aku masa tu kerja dengan MISC Logistics, anak syarikat Petronas Group.


Aku dapat rate 2.7% — kalau kerja government dapat 2.6%, memang antara paling rendah masa tu. Tapi bila masuk bab loan rumah, aku nak kembali ke niat asal: nak guna Bank Islam. Sekali... dua kali apply (tahun 2016 dan 2019) — dua-dua kena reject.


Alasan dia, syarikat aku kerja tu “bidang perkhidmatan” dan bank anggap risiko tinggi. Sedih weh. Aku siap tanya kenapa sebulan dah takde respon, baru dia cakap pasal “risk appetite” tu. Masa tu rasa kecewa tapi aku masih sempat cakap pada pegawai tu,


Aku pun bagi buah keramat ayat pedoman yang lama aku semat dalam jiwa sanubari kalbu — "kalau bukan SAYA orang Islam yang bantu muamalat Islam, siapa lagi?”


Tapi biasalah, dia cuma staff yang ikut prosedur. Aku pun bukan siapa-siapa, cuma pelanggan kecil yang nak pinjam duit. Akhirnya, aku try bank lain sampai la ke bank paling hujung dalam senarai — Maybank. Sebenarnya aku suka Maybank ni sebab apps dia senang guna, tapi tak expect dia yang luluskan loan tu. Ironinya, bank yang dalam senarai terakhir pulak yang bantu aku masa tu. Tapi ya, satu benda aku akui — kalau kau lambat bayar, dioranglah yang paling laju call! 😂


Kembali ke cerita Bank Islam tadi


Fast forward ke akaun Bank Islam aku tadi — lepas beberapa drama, akhirnya kad siap, akaun pun aktif. Aku pun deposit RM200+- sebagai permulaan, dengan niat nak perlahan-lahan kumpul sampai RM1,000 dalam tahun yang sama. Tapi biasalah, hidup ni bukan drama Korea — perancangan tak selalu jadi.


Pernah juga tahun 2024 aku berjaya naikkan baki sampai RM500+-. Tapi tak lama, datang ujian kewangan — itu rosak, ini kena bayar, ada kecemasan, semua keluar balik. Akhirnya akaun tu jadi macam “akaun keluar dari masuk” lebih dari akaun simpanan.


Hari Ini (11/11/2025)


Pagi ni aku lalu depan Bank Islam. Entah kenapa rasa nak jeling sikit bangunan tu. Sekali masuk email — penyata akaun BIMB. Dalam hati dah boleh agak sebab pernah bulan lepas cubaan untuk withdrawal masa tu butuhkan sedikit wang untuk belanja harian dan dapur, tapi bila buka oenyata, terus rasa... “Ouch.” Baki terakhir tak sampai pun tahap layak untuk apa-apa penyertaan atau cabutan. Memang rasa sayu.


Tapi aku masih pegang kata-kata keramat yang menjadi pedoman yang tersemat dalam jiwa sanubari kalbu tu,

“Kalau bukan AKU orang Islam yang bantu muamalat Islam, siapa lagi?”


Aku tetap akan berjuang untuk realisasikan impian yang orang mungkin kata mustahil ni. Aku tahu perjalanan aku lambat, penuh halangan, tapi aku percaya — kalau Allah kata Kun Fa Ya Kun, maka jadilah dengan IzinNya. 🙏


Cuma bezanya, aku tak ada modal besar, jadi aku kena rangka strategi sendiri, langkah demi langkah. Kadang rasa macam melangkah dalam gelap, tapi hati tetap yakin. Sebab dalam hidup ni, kadang rancangan kita tak jadi seperti yang dirancang — tapi mungkin Tuhan dah sediakan rancangan yang lebih baik.🌙



Macam Mana Nak Betul-Betul Capai Matlamat Tahun 2026 Berdasarkan Bukti Sains

Macam Mana Nak Betul-Betul Capai Matlamat Tahun 2026?

Ini Berdasarkan Bukti Sains. 

Ramai orang pasang azam baru setiap tahun.
Tapi bila masuk bulan Mac, separuh dah hilang arah.
Masuk bulan Jun, semua tinggal angan2.

Yang peliknya — kenapa ada orang boleh capai semua yang dia rancang,
tapi ramai lagi tersangkut separuh jalan?

Sebenarnya beza dia bukan sebab “semangat,”
bukan sebab “rajin,”
tapi sebab orang yang berjaya ni tahu macam mana nak bagi otak dia berpakat dengan diri dia sendiri.

Dan ada 5 cara mudah yang sains dah buktikan boleh naikkan peluang untuk capai matlamat jauh lebih tinggi.

Kalau anda buat semua ni, peluang anda boleh naik sampai 40% lebih tinggi.
________________________________________
1. Tulis Matlamat Anda. Jangan Simpan Dalam Kepala.

Dulu ada sorang jutawan nama dia Jim Rohn.
Masa umur dia 25 tahun, dia tengah susah, tak ada duit langsung.

Satu hari mentor dia tanya,
“Jim, mana senarai goal kau?”
Dia jawab,
“Saya tak ada.”

Mentor tu cakap,
“Kalau kau tak ada senarai goal, aku boleh agak baki akaun kau dengan beza tak sampai seratus dolar.”
Dan dia teka — tepat.
Jim terdiam.

Dia tanya balik, “Jadi kalau saya tulis goal, hidup saya boleh berubah?”
Mentor dia jawab, “Dengan drastik.”

Dan dari situ, Jim mula tulis semua impian dia — 
dan hidup dia memang berubah betul.

Sains pun kata benda sama.
Kajian dari Dominican University dapati orang yang tulis goal
akan 42% lebih berjaya capai apa yang dia nak.
Empat puluh dua peratus.
Itu beza besar cuma sebab tulis atas kertas.

Saya sendiri pun buat benda ni.
Saya guna satu fail Google Docs.

Setiap tiga bulan, saya set 3 ke 4 matlamat je.
Kalau lebih, saya tak jalan.
Tapi bila tiga ke empat, saya boleh fokus dan nampak progress.
________________________________________
2. Tengok Balik Goal Tu Setiap Minggu.

Ramai orang semangat masa awal tahun.
Tulis siap dalam notebook cantik, siap highlight.
Lepas tu?
Tak pernah buka balik.

Masalahnya — otak manusia ni cepat lupa.
Kalau kita tak ulang tengok apa yang kita nak,
lama-lama otak fikir benda tu tak penting.

Ada satu bahagian dalam otak nama dia RAS — 
Reticular Activating System.
Kerja dia tapis semua maklumat yang masuk, dan cuma bagi perhatian pada benda yang penting.

Kalau anda tengah plan nak beli kereta Ativa,
tiba-tiba setiap kali keluar rumah, anda nampak Ativa kat mana-mana.
Padahal bukan semua orang baru beli kereta tu.
Cuma otak anda dah “set” untuk nampak benda tu.

Sama juga dengan matlamat hidup.
Kalau anda nak capai sesuatu,
otak kena diingatkan supaya dia fokus ke arah tu.

Sebab tu saya akan semak balik senarai goal saya setiap minggu.
Saya buka balik dokumen tu, tengok semula 3–4 benda utama yang saya nak capai.
Saya tanya diri,
“Okay, benda ni dah jalan ke belum?”

Setiap Ahad saya pilih 3 keutamaan untuk minggu depan.
Pagi-pagi Isnin, saya tengok balik dan tanya diri,
“Macam mana progress minggu ni?”
Ambil masa 10–20 saat je. Tapi kesan dia besar.
Sebab kalau tak buat, otak kita senang hanyut.
________________________________________
3. Pantau Progres Anda.

Ada satu kajian besar — gabungan 138 kajian lain, dengan hampir 20,000 orang.

Hasil dia jelas:
orang yang pantau perkembangan dia secara konsisten lebih senang capai matlamat.

Saya buat cara senang.
Setiap projek client, saya bagi tanda warna:
🟢 Hijau = ikut plan.
🟡 Kuning = lari sikit, tapi ada plan nak betulkan.
🔴 Merah = off track, belum ada plan.

Kadang bila team tengah siapkan konten untuk klien,
saya tak tunggu result akhir baru nak rasa puas.
Saya tengok berapa video dah siap, berapa yang dah disemak, berapa yang dah naik view.
Macam main game — nampak “progress bar” makin penuh, rasa puas.

Kenapa benda ni berkesan?
Sebab bila nampak kemajuan walau kecil, otak kita lepaskan dopamine.
Kita rasa puas dan makin semangat nak teruskan.

Kalau anda tak pantau langsung,
anda sebenarnya buang peluang besar nak kekal konsisten.
________________________________________
4. Bayangkan Halangan — Dan Buat Pelan Awal.

Ramai orang set impian besar, tapi tak fikir halangan.
Bila benda susah sikit, terus berhenti.

Ada seorang ahli psikologi dari Jerman, Gabriele Oettingen, yang kaji benda ni.

Dia cipta satu teknik nama dia WOOP, singkatan untuk:
• Wish – apa anda nak.
• Outcome – hasil bila anda capai.
• Obstacle – halangan yang mungkin datang.
• Plan – apa anda akan buat bila halangan tu muncul.

Contoh, anda nak kembangkan bisnes atau nak post konten setiap hari.
Halangan: tak cukup masa, tak ada idea, tak sempat edit, atau hilang semangat.

So buat pelan siap-siap.
“Kalau saya tak sempat, saya batch satu hari untuk semua video.”
“Kalau saya hilang idea, saya semak balik content lama klien.”
“Kalau saya penat, saya ambil rehat sekejap, tapi jangan berhenti lama.”

Ambil masa tiga minit je nak fikir semua ni.
Tapi sains menunjukkan, orang yang buat WOOP lebih konsisten dan cepat nampak hasil.
________________________________________
5. Kaitkan Matlamat Dengan Siapa Diri Anda.

Ni part paling ramai tak perasan.
Ada satu kajian pasal pilihan raya.
Separuh orang ditanya, “Adakah anda akan mengundi?”
Separuh lagi ditanya, “Adakah anda seorang pengundi?”
Yang ditanya versi kedua — lebih ramai yang betul-betul keluar mengundi.
Sebab bila benda tu jadi identiti, bukan sekadar “aktiviti,”
kita rasa bertanggungjawab nak kekal dengan dia.

Contoh:
Bukan “saya nak jadi konsisten buat konten.” Tapi “saya seorang content creator.”
Bukan “saya nak cari lebih banyak klien.” Tapi “saya seorang usahawan yang bantu bisnes lain berkembang.”
Bila kita ubah cara kita label diri, tindakan pun berubah.

Saya dulu pun sama — masa mula buat content, saya tak berani panggil diri saya “content strategist.”
Rasa macam belum layak.
Tapi bila saya mula cakap “saya bantu brand dan creator untuk grow,”
setiap kali saya malas, saya ingat balik,
“Kalau saya betul-betul nak bantu orang, saya kena terus buat.”
Itu kekuatan identiti.

Tony Robbins pernah cakap,
“Kekuatan paling besar dalam diri manusia ialah keperluan untuk kekal konsisten dengan siapa dia rasa dirinya.”

Kalau anda label diri anda “pemalas,”
anda akan bertindak macam orang malas.
Tapi kalau anda label diri anda “usahawan,” “pencipta,” “pemimpin,”
anda akan mula buat tindakan yang sepadan dengan identiti tu.
________________________________________
Kesimpulan:

Kalau anda nak betul-betul capai apa yang anda target tahun 2026, buat lima benda ni:
1. Tulis matlamat anda.
2. Tengok balik setiap minggu.
3. Pantau perkembangan anda.
4. Bayangkan halangan dan siap dengan pelan.
5. Kaitkan dengan identiti diri anda.

Tapi jangan tamak.
Kalau terlalu banyak matlamat, satu pun tak jadi.

Buat sikit tapi konsisten.
Malam ni, buka nota anda.
Tulis 3–4 matlamat utama untuk suku pertama 2026.

Esok, pilih satu langkah kecil untuk mula.
Tak perlu tunggu “ready.”

Sebab kejayaan tak datang dari plan sempurna,
dia datang dari orang yang mula dulu.

The only thing that's gonna 100% WORK!

When you get a chance to do something and it feels hard or it feels difficult, you need to get very excited. You need to say, this feels difficult. This feels hard.

I'm struggling to stay motivated. I'm struggling to be disciplined. That means it's going to work.

You should be very excited by the things which feel like a slow grind, which feel like they're boring. It's hard to pay attention to them. Feels like they're never going to work because I promise you, if you dedicate yourself 100%, those are the ones that work.


MODAL RM37, UNTUNG 100% MILIK ANDA! JUAL PRODUK DIGITAL PALING LAKU 2026

Nak buat side income tapi tak ada produk sendiri? Tak tahu nak design? Gunakan Wasza Edupack Max ! Kami beri anda 17,000+ bahan pendidikan d...