I did all 7 for the past 4 years and been strict till number 8 since last 2 years. I just kenot wait any longer cuz patience is not my name.
Believe in your dreams, They were given to you for a reason.
Doa Orang Miskin Rambut Kaya
Ada satu doa yang bunyinya sangat “berani”.
Bukan doa orang miskin yang takut kaya.
Bukan doa orang soleh yang malu nak minta dunia.
Tapi doa seorang sahabat Saad Ibn Ubadah RA yang FAHAM fungsi harta.
Cerita doa ini sangat mendalam.
Doa ini lahir bila beliau sedar satu hakikat pahit:
Nak buat amal perlukan kemampuan.
Nak kekal beramal perlukan kestabilan.
Nak jadi orang baik dalam dunia yang kejam… perlukan harta.
Maka dia berdoa begini.
1
“Ya Tuhan, kurniakanlah aku pujian dan kurniakanlah aku kemuliaan…”
- Dia tak minta kaya dulu.
- Dia minta nilai diri di sisi Allah.
2
“Tiada kemuliaan melainkan melalui amal…”
- Sahabat faham, status tak datang dari nama.
- Datang dari apa yang kau sumbang.
3
“Dan tiada amal melainkan melalui harta…”
- Ini ayat paling ramai orang takut.
- Tapi ini realiti dunia.
4
Tanpa harta,
masjid sunyi.
ilmu terbantut.
dakwah tersekat.
orang susah terbiar.
5
Sahabat ini tak romantikkan kemiskinan.
Dia tak pujuk diri dengan ayat “asal niat baik”.
Dia tahu niat tanpa alat hanya tinggal niat.
6
“Ya Tuhan, sedikit sahaja tidak akan mencukupiku…”
- Ini bukan tamak.
- Ini kejujuran.
7
Sebab sedikit harta hanya cukup untuk hidup.
Bukan untuk menggerakkan kebaikan.
8
“Dan aku tidak akan bertambah baik dengannya…”
- Sahabat sedar, hidup sekadar cukup tak cukup untuk ubah dunia.
- Hidup cukup-cukup sekadar bertahan.
9
Doa ini mengajar satu benda penting.
Allah tak suruh kita jadi miskin.
Allah suruh kita jadi hamba yang berfungsi.
10
Bila orang baik miskin,
yang membiayai dunia ialah orang yang rosak.
Bila orang baik kaya,
kebaikan boleh bergerak tanpa minta izin sesiapa.
11
Sebab itu sahabat berani berdoa begini.
Dia tak minta harta untuk bangga.
Dia minta harta untuk menunaikan amanah.
12
Doa ini bukan lesen tamak.
Ia tanggungjawab berat.
13
Kalau Allah beri kau harta,
itu tanda Allah percaya kau boleh urus amanah.
14
Kalau kau takut jadi kaya,
mungkin kau takut diuji.
Tapi sahabat tak lari dari ujian.
15
Dia tahu,
lebih banyak harta,
lebih besar peluang pahala.
Dan lebih besar risiko dosa.
Kesimpulan besar:
Mukmin tak patut takut kaya.
Mukmin patut takut bila harta dipegang oleh orang salah.
Amalkan doa ini dengan niat yang betul.
Betulkan hati.
Perkuat amal.
Besarkan manfaat.
Sebab lagi banyak duit di tangan orang beriman,
lagi banyak kebaikan boleh dibuat.
Itu bukan dunia.
Itu ibadah.
Selamat beramal.
-Abudi Alsagoff
---
🌿 Doa dalam Rumi
Allahumma a'tini mahamidan
wa a'tini ma'aaziman.
La ma'aazima illa bil-'amal,
wa la 'amala illa bil-maal.
Allahumma laa yakfini al-qaleel,
wa laa atazayyada bihi.
Allahumma ja‘al maali amanatan,
wa laa taj‘alhu fakhran.
Allahumma laa taj‘alni faqeeran
fa ahtajizu 'anil-'amal,
wa laa taj‘alni ghaniyyan
fa aghful 'anka.
Thabbit qalbi bin-niyyati as-sahiha,
wa qawwi 'amali,
wa akthir naf'i,
liyakuna kullu rizq 'ibadah.
`
🌿 Rumusan Doa Selepas Ibadat
`
Ya Allah,
Kurniakanlah aku kemuliaan di sisi-Mu,
dan jadikanlah aku mulia dengan amal.
Tiada amal melainkan dengan harta,
maka rezekikanlah aku harta yang mencukupi
untuk menggerakkan kebaikan,
bukan sekadar untuk bertahan hidup.
Jadikanlah hartaku amanah,
bukan kebanggaan.
Jadikanlah ia alat untuk menunaikan tanggungjawab,
bukan jalan menuju kelalaian.
Ya Allah,
jangan biarkan aku miskin hingga terhalang beramal,
dan jangan biarkan aku kaya hingga lalai dari-Mu.
Tetapkan hatiku dengan niat yang benar,
perkuat amal,
dan besarkan manfaat
agar setiap rezeki menjadi ibadah.
✨ Doa ini mengekalkan mesej utama: harta bukan tujuan, tetapi alat untuk berfungsi sebagai hamba Allah yang memberi manfaat.
---
📌 Doa ini mengekalkan roh asal: memohon kemuliaan melalui amal, amal melalui harta, dan harta sebagai amanah untuk kebaikan.
Kenapa Doa Masih Tidak Termakbul
"Kenapa Doa Masih Tidak Termakbul"
Hari ini abam betul bersyukur kerana Allah menggerakkan hati abam dan kaki abam untuk masuk kedalam masjid setelah selesai solat maghrib.. Dalam tgh mencari ruang solat didalam perkarangan masjid, abam terdengar suara bayan didalam bahasa Nusantara.. Bayan yang disampaikan oleh Ustadz Ariful Bahri....
Ustadz Ariful Bahri adalah pendakwah yang berasal Indonesia yang menjadi pengisi kajian resmi di Masjid Nabawi Sejak dari tahun 2019 lagi...
Satu perkara yang sangat menarik perhatian abam.. apabila disebutkan bahawa, antara sebab doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah.. Bukan kerana Allah tidak mendengar, tetapi kerana kita masih menyimpan banyak dosa sesama manusia, dimana masih ada dosa menyakiti hati orang, menzalimi, mengambil hak orang lain. Selagi perkara ini tidak diselesaikan, doa kita tidak akan dikhabulkan.. malah kita akan diazab...
Perkara yang kedua yang sangat penting ialah tentang cara kita berdoa... Kita banyak berdoa, tetapi cara kita salah... Kenapa kita tidak berdoa seperti para Nabi berdoa? Seperti cara yang Allah sendiri ajarkan dalam Al-Quran... Dengan mengunakan perkataan yang Allah sendiri ajarkan, dengan penuh adab, dengan merendah diri, dengan penuh harapan, dengan memuji Allah, dengan mengakui dosa, dengan bertaubat dan berserah sepenuhnya kepada-Nya... Allahuakbar...
Peringatan ini jugak buat abam berfikir... sebelum kita meminta kepada Allah untuk mengubah keadaan kehidupan kita, kita perlu mengubah hubungan kita dengan Allah dan juga sesama manusia.
Semoga Allah mengampunkan dosa kita, melembutkan hati kita, dan mengajar kita cara berdoa yang benar. Aamiin...
Nota Untuk Diri Sendiri
Pakar sarankan untuk tanya beberapa soalan kepada anak² sebelum mereka tidur untuk kesihatan mental mereka 👇
1. Ada sesuatu yang buat kamu susah hati hari ni?
2. Ada sesuatu yang buat kamu rasa tidak adil hari ni?
3. Apa yang buat kamu rasa gembira hari ni?
4. Apa satu pelajaran baru kamu belajar hari ni?
5. Apa satu pekara yang buat kamu syukuri hari ni?
Aku tak mampu buat yang terbaik, aku kena just untuk buat demi anak²ðŸ’ª
Subscribe to:
Posts (Atom)
MODAL RM37, UNTUNG 100% MILIK ANDA! JUAL PRODUK DIGITAL PALING LAKU 2026
Nak buat side income tapi tak ada produk sendiri? Tak tahu nak design? Gunakan Wasza Edupack Max ! Kami beri anda 17,000+ bahan pendidikan d...
-
"Kenapa Doa Masih Tidak Termakbul" Hari ini abam betul bersyukur kerana Allah menggerakkan hati abam dan kaki abam untuk masuk ked...
-
Aturannya sudah ada dan bisa dikuasai, cuma tunggu kaya-raya aja 🤲 Ya Allah