If your son or daughter doesn’t want to study, it may be time to tell them what the world usually doesn’t. Not to scare them, but to prepare them. Here are 5 truths every parent must teach.

If your son or daughter doesn’t want to study, it may be time to tell them what the world usually doesn’t. Not to scare them, but to prepare them. 

Here are 5 truths every parent must teach. 

If your son or daughter doesn't want to study, it may be time to tell them what the world usually doesn't. Not to scare them, but to prepare them.  Here are five truths every parent must teach.


1. Time doesn't wait for anyone. Today they may say, I don't feel like it. Tomorrow they'll watch others move forward and wonder why they stayed behind.

2. Effort is not optional.  If they avoid effort now, life will demand double later, without mercy and without help. 

3. The world owes them nothing. Not success, not respect, not second chances. Those are earned. And even a parent's love can't replace real skills.

4. Knowledge is power. Not just school, but learning how to think, speak and solve problems. That's what opens doors and builds independence.

5. Without preparation, life is harsh. The unprepared are underpaid, unstable and easily replaced. No parent wants that future for their child.

And here comes the most important part. Studying may not be the only path, but doing nothing is never an option. Prepare them now, so life doesn't have to teach them the hard way.

Rasa Tak Berguna Walaupun Dah Usaha

Tulisan ini bukan untuk dibaca semua. Tapi untuk mengangkat mungkin suara minoriti.

"Saya hilang kerja. Dan buat pertama kali, isteri saya hulurkan slip gaji daftar anak ke sekolah."

Beberapa hari lepas, saya terima satu mesej peribadi dari seorang lelaki yang saya tak kenal.

Dia menulis dengan tenang — tapi kata-katanya menggenggam luka.

>"Saya dah 11 tahun berkahwin. 10 tahun pertama, saya sediakan semuanya. Nafkah, kerja rumah, jaga anak sejak bayi. Saya beri ruang untuk isteri kejar Master, terus ke PhD. Sekarang, isteri saya dah berjaya — tapi saya pula hilang kerja."
Allahu.. 

> "Saya masih berniaga kecil dari rumah. Pendapatan saya tak tetap. Dulu 100% saya beri, sekarang cuma 10-20%. Isteri saya baik, solehah. Tapi dalam hati... saya rasa tak berguna."

Saya berhenti seketika.

Sebab saya tahu — ramai lelaki di luar sana sedang hidup seperti ini, tapi memilih diam sebagai bahasa luka.

“Saya tak berguna…”

Kalau kamu sedang membaca dan rasa ini suara hati kamu — Saya ingin katakan: kamu belum gagal.

Ramai lelaki ukur diri dengan slip gaji. Tapi Allah tidak menilai lelaki hanya pada angka.

Selama 10 tahun:

Kamu beri nafkah penuh
Kamu urus anak-anak sejak dari lahir
Kamu cuci pinggan, mop lantai, sidai baju
Kamu biarkan kerjaya sendiri perlahan — agar isteri boleh kejar impian

Kalau orang lain buat semua itu, kita akan panggil dia pahlawan keluarga.

Tapi bila kamu yang buat, kamu diam, dan panggil diri sendiri “tak berguna”.

Itu bukan suara iman. Itu suara ego yang terluka.

Kata-kata lelaki itu mengingatkan saya pada pesanan Buya Yahya:

> “Seorang suami wajib berusaha. Tapi kalau dia sudah berusaha semampunya dengan akal dan tenaga, maka jika rezekinya masih terbatas — dia tidak berdosa. Allah tidak membebani hamba melebihi kemampuannya.”

Jelas sekali:

Yang berdosa ialah lelaki yang mampu tapi sengaja malas.
Yang tak berdosa ialah lelaki yang sudah berusaha, tapi sedang diuji.

Jadi kenapa perlu rasa hina?


Buya Yahya sambung lagi:

“Adil bukan bermaksud sama rata atau memaksa, tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Suami berlaku adil apabila dia tunaikan tanggungjawab ikut kemampuannya. Isteri berlaku adil bila dia menilai keadaan suami dengan jujur dan tidak menuntut di luar batas.”


Tapi yang indahnya — Islam tak berhenti pada adil.

Islam naik satu tingkat: ihsan.

“Ihsan ialah berbuat baik melebihi tuntutan hak. Ia bukan kewajipan, tapi kemuliaan.”

Suami yang berihsan:
– Tetap lembut, walaupun letih
– Tetap berusaha, walaupun tak cukup

Isteri yang berihsan:
– Tetap menyokong, walaupun boleh menuntut lebih
– Tetap hormat, walaupun tahu dia kini pencari nafkah utama

>"Saya risau isteri saya akan berubah hati..."

Kamu cakap, isteri masih taat, masih mencintai, tak merungut walau kamu tak lagi ‘provider’.

Saya nak tanya:

Kalau dia bertahan 10 tahun dalam susah,
takkan dia lari bila diuji senang?

Cinta kerana status akan pudar.
Tapi cinta kerana iman — itu yang kekal, dalam susah dan senang.

>"Tapi saya tak pernah cerita apa-apa dekat isteri…"

Kamu simpan semua. Kamu fikir diam itu kuat.

Tapi tahu tak?

Kadang-kadang, diam itu bukan kuat. Diam itu berat.

Kongsikan sedikit rasa. Bukan untuk minta simpati, tapi untuk kurangkan beban.

Contoh ayat yang selamat:

> “Abang okay. Abang reda. Tapi kadang-kadang abang rasa rendah diri sebagai suami. Abang tak nak simpan seorang-seorang.”

Itu bukan lemah. Itu jujur.

.

"Saya malu. Isteri saya daftar anak ke sekolah dengan slip gajinya…"

Saya faham.
Tapi kamu kena tahu:

Perasaan malu itu bukan tanda kalah. Ia tanda kamu masih ada rasa tanggungjawab.

Kebanyakan orang tak perasan pun.
Mereka lihat sekejap, kemudian lupa.

Tapi Allah?

> Dia sedang melihat sangat dekat.

Dia tahu:

Siapa yang bersabar
Siapa yang memegang amanah
Siapa yang terus mencintai keluarga — dalam diam, dalam sujud


Mesejnya lagi, 
"Saya sedih tak dapat kirim duit kepada ibu seperti biasa."

Bahagian ini paling menyentuh hati saya.

Tahu tak?

Sedih kerana tak dapat memberi — lebih mulia,
daripada memberi tanpa rasa peduli.

Doa dari hati seorang anak yang sedang diuji rezekinya,
lebih tinggi nilainya daripada wang yang dihantar tanpa jiwa.


> "Kadang-kadang saya terlintas nak beri isteri hak untuk minta cerai..."

Kamu tak nak cerai.
Tapi kamu rasa, “kalau aku tak berguna, mungkin dia patut cari yang lebih baik.”

Tapi dengar baik-baik:

Hak cerai bukan hadiah untuk rasa rendah diri.

Rumah tangga bukan dibina oleh yang paling kaya,
tapi oleh dua orang yang saling bertahan ketika diuji.

Nasihat perlahan, bukan tekanan:

– Teruskan bisnes kecil, tapi tulis semula impian besar
– Jangan banding hidup dengan rakan yang naik; banding hidup hari ini dengan versi semalam
– Luahkan sedikit kepada isteri. Jangan simpan semua — ia bukan maruah, ia jadi beban
– Maruah lelaki bukan pada status. Tapi pada usaha yang tak henti

.
.

Dan kepada lelaki yang menghantar mesej itu —
jika kamu sedang membaca ini, ketahuilah:
Kamu bukan lemah. Kamu sedang melalui babak ujian setelah babak pengorbanan.

“Ya Allah, jangan Engkau uji aku dengan rasa tidak berguna,
sedangkan Engkau tahu aku sedang berusaha.
Jangan Kau biar hatiku patah, bila aku hanya ingin bertahan.
Kuatkan aku sebagai suami, anak dan ayah —
walaupun dunia tidak melihat, tapi Engkau sentiasa memerhati.”

Kadang-kadang, nasihat dan kata semangat tak cukup.
Hati masih rasa berat, dada masih rasa sempit.

Ada satu amalan ringan tapi sangat besar kesannya, yang saya sendiri amalkan setiap pagi selepas Subuh — walaupun ujian belum selesai, tapi hati lebih ringan untuk menanggungnya.

Amalan ini diajarkan oleh guru kami, Murabbi Tuan Guru Ustaz Muhadir Haji Joll hafizahullah:

> Amalan zikir:
“Ya Latifu, Ya Latif” — sebanyak 129 kali selepas Subuh.

Zikir ini melatih hati agar lebih lembut dalam menerima takdir,
dan lebih halus dalam menangkap hikmah.

Kemudian akhirkan dengan firman Allah SWT dalam Surah Ash-Shura, ayat 19:

> الله لطيف بعباده يرزق من يشاء وهو القوي العزيز

"Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Dia Maha Kuat, Maha Perkasa."
(Ash-Shura: 19)

Bacaan ini bukan jaminan ujian akan hilang serta-merta.
Tapi ia melembutkan hati yang sedang keras menahan perit,
dan menenangkan jiwa yang sedang menunggu takdir dengan sabar.

Jika kamu lelaki yang sedang rasa semua ini — kamu bukan gagal.
Kamu sedang diuji, selepas bertahun memberi.

Saya doakan:

Rezeki kamu terbuka
Hati kamu tenang
Dan rumah tangga kamu semakin kukuh

Kerana lelaki sepertimu — dunia ini masih ada harapan.

Dan jika kamu seorang isteri yang sedang melalui ujian ini bersama suami —
ketahuilah, kamu adalah sebahagian dari kekuatannya.

Bila kamu terus berada di sisi, tanpa banyak kata,
hanya dengan tenang dan tidak menghakimi —
itu pun sudah cukup untuk menenangkan hatinya yang sedang gelisah.

Dalam diam kamu, dia rasa didengar.
Dalam sabar kamu, dia rasa dihargai.
Dan dalam doa kamu, dia rasa dirinya masih berguna.

Semoga kamu menjadi isteri yang muhsinah—
yang tetap berbuat baik, walau tidak dituntut,
yang tetap bertahan, walau boleh memilih untuk pergi,
dan yang redha kerana Allah lebih utama dari segala kira-kira dunia.

Begitulah, 
Menulis bukan sebab sempurna, tapi sebagai hambaNya. 


Laailaha illallah. 

Protect and Preserve your Privacy


Your home is your refuge. Not every detail deserves exposure. Protecting your peace means knowing what stays inside, unresolved by outside judgment. Silence, discretion, and

Jangan kongsi 4 hal peribadi di rumah anda dengan sesiapa. Bukan kerana anda sembunyikan sesuatu, tetapi kerana keamanan mesti dilindungi sebelum ia dijelaskan. Di sini ada empat perkara yang mesti berada di dalam rumah.
Satu, konflik dalam. Setiap keluarga berhadapan dengan tekanan dan kesalahan. Tetapi membawa mereka ke luar membawa penghakiman dan niat buruk. Apa yang berlaku di dalam rumah, mesti diselesaikan di dalam rumah. Kedua, keputusan kewangan. Jumlah keuntungan anda, perbelanjaan dan rancangan tidak merupakan harta masyarakat.
Wang yang dikongsi dengan lembut menarik ketakutan dan gangguan. Melindungi ia, menjaga ia dengan tenang. Tiga, kesalahan atau kesalahan rakan-rakan anda.
Bercakap buruk tentang diri anda memburukkan mereka. Cinta juga bermaksud menjaga keadilan, terutamanya apabila tiada siapa yang menonton. Empat, rancangan dan tujuan keluarga anda.
Tidak semua orang mahu melihat anda menang. Bekerja dengan tenang. Bina dengan tenang.

Berkahwin hanya dengan mereka yang benar-benar berada. Dan inilah bahagian yang paling penting. Rumah anda adalah tempat perlindungan anda.

 Tidak semua orang memerlukan akses kepada keamanan anda.  Melindungi ia. Kerana setelah ia ditutup, ia sukar dikembalikan.




Dream Big in Your Doa Even It Seems Impossible

Dream big in your doa, even the things that seem impossible. Ask Allah without holding back, because only He can turn the impossible into reality. Keep trusting Him, and believe that what He gives is always better than what you could plan for yourself.

If Allah can move you from January to December. 

Allah can surely move you from shame to fame, insults to results, sorry to glory, disgrace to grace, labour to favour, mockery to victory. Just have faith, Just Sabar.


"Most people have patience but they don't believe in their dreams." ~HR


I'm greatful to have roof over my head, thriving job and small-time business but..




MODAL RM37, UNTUNG 100% MILIK ANDA! JUAL PRODUK DIGITAL PALING LAKU 2026

Nak buat side income tapi tak ada produk sendiri? Tak tahu nak design? Gunakan Wasza Edupack Max ! Kami beri anda 17,000+ bahan pendidikan d...