A New beginning

Everything is always a new beginning.

Bank Islam, Alhamdulillah good attempt 10 lot
Unfortunately, SSP not able to proceed.

Doa Rezeki Tak Putus


 

Bekas juruterbang Nuri menang RM1 juta

 ALOR SETAR: "Mungkin asbab saya wakaf RM1,000, hari ini Allah gandakan jadi RM1 juta," kata Mohd Azhar Mohd @ Man, 53.


Pemegang akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) dari Guar Chempedak, Yan itu, hari ini diumumkan pemenang Cabutan Jutawan BSN Sijil Simpanan Premium (SSP) ke-102 pada majlis dihadiri Pengerusi BSN, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin, di sini.


Mohd Azhar bersama replika cek RM1 juta diterimanya.

Sebelum ini, kata bekas juruterbang pesawat Nuri itu, ada seorang ustaz meminta bantuannya untuk membayar RM5,000 kepada kontraktor yang membina pagar sebuah sekolah agama.


"Ia kerana individu yang asalnya mahu wakafkan pagar itu meninggal dunia. Akaun bank saya ketika itu cuma berbaki RM1,000, tapi saya terus pindahkan wang berkenaan ke akaun untuk bayar duit pagar yang dibina.


"Baki RM4,000 lagi, saya beritahu ustaz akan bayar kemudian. Tak sangka, mungkin kerana asbab saya wakaf RM1,000 itu, hari ini Allah gandakan jadi RM1 juta," kata pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu.


Katanya, dia tidak pernah terfikir dan tidak menyangka menang RM1 juta hasil menabung secara konsisten bersama BSN sejak 2000, sebaliknya hanya mensasarkan hadiah kereta ketika mula menyertai SSP.


"Adakala saya akan keluarkan balik duit SSP, tapi akan pastikan selepas itu, simpan semula secara konsisten. Alhamdulillah kali ini rezeki saya.


"Sebelum ini, pernah menang beberapa kali, tapi hadiahnya cuma beberapa ratus ringgit. Kali ini, apabila dimaklumkan menang RM1 juta, mulanya saya sangka ia penipuan dalam talian. Sehingga dihubungi pegawai BSN, baru saya percaya," katanya.


Katanya, rezeki itu akan diguna sebaiknya, termasuk berkongsi bersama isteri dan anak-anak sebagai simpanan masa depan mereka, melunaskan hutang dengan bank, termasuk pinjaman perumahan serta membawa keluarga menunaikan umrah.


Mohd Azhar yang kini bertugas secara kontrak sebagai jurulatih simulator helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas, di sini, berharap orang ramai tidak berputus asa untuk terus menabung sepertinya.


"Nasihat saya kepada penyimpan agar terus konsisten, selain itu sebagai orang Islam, bersedekah adalah amalan yang baik untuk menjemput rezeki. Pada masa sama, perlu bersangka baik dengan Allah.


"Buat solat sunat dhuha, bukan untuk rezeki sahaja, tapi untuk Allah mudahkan urusan kita juga," katanya.



Doa Ketika Umur Mencapai Usia 40 Tahun

Doa Ketika Umur Mencapai Usia 40 Tahun

firman Allah SWT:

وَوَصَّيْنَا الإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَاناً حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهاً وَوَضَعَتْهُ كُرْهاً وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلاثُونَ شَهْراً حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. 

Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, dia berdoa dengan berkata: 

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku termasuk golongan yang menyerah diri kepada-Mu)".

Surah al-Ahqaf ayat 15


Rujukan : https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/5703-al-kafi-1946-doa-ketika-umur-mencapai-40-tahun

MODAL RM37, UNTUNG 100% MILIK ANDA! JUAL PRODUK DIGITAL PALING LAKU 2026

Nak buat side income tapi tak ada produk sendiri? Tak tahu nak design? Gunakan Wasza Edupack Max ! Kami beri anda 17,000+ bahan pendidikan d...