Believe in your dreams, They were given to you for a reason.
Bila Rancangan Tak Jadi Seperti Dirancang
Alkisahnya begini… aku sudah buka akaun Bank Islam masa lepas Covid, lebih kurang tahun 2022. Masa tu semangat lain macam — konon nak mula menabung dalam akaun Al-Awfar, sebab terinspirasi nak bina simpanan “halal style” dan mungkin kalau ada rezeki, menang cabutan RM 1 Juta ke siapa tahu kan? 😅
Jadi aku pun pergilah ke cawangan Bank Islam. Sampai kaunter, pegawai tanya:
“Encik nak buka akaun untuk apa ya?”
Aku pun jawab confident, “Untuk Al-Awfar, saya warganegara Malaysia, umur pun dah lepas 18, cukup syarat lah kan?”
Tapi biasalah, ikut prosedur Bank Negara Malaysia (BNM) semua kena ikut buku — IC, lesen, kad pekerja semua nak tengok. Malangnya, masa tu lesen aku tertinggal kat MBSJ Subang Jaya sebab sebelum tu aku pernah bagi kat kaunter untuk tukar kad pelawat. Habis, masa nak buka akaun tu terus sangkut.
Lagi lucu, aku parking jauh gila dekat kawasan foodcourt sebab konon nak elak jem. Lepas tu tersilap bangunan — Bank Islam tu rupanya satu blok lepas Melawati Mall. Hahaha, memang hari tu rasa macam episod “Lawak Minggu Ini”. Dah la panas, menapak jauh, last-last tak dapat buka akaun sebab lesen takde. Hampa betul. Akhirnya kena patah balik ke MBSJ ambil lesen, lepas tu datang semula hari lain baru semuanya settle.
<<Selitan Kenangan Lama>>
Masa aku belajar kat universiti dulu, sekitar tahun 2007, ada satu subjek Ketamadunan Islam. Dalam subjek tu, kami kena buat tugasan tentang muamalat Islam. Kami pilihlah Bank Islam untuk dijadikan bahan kajian. Masa tu kami jumpa seorang pegawai lelaki di cawangan Kuantan (aku dah lupa nama dia), tapi satu ayat dia sampai sekarang aku ingat:
“Kalau bukan KITA orang Islam yang bantu muamalat Islam, siapa lagi?”
Ayat tu betul-betul melekat dalam kepala. Dari hari tu aku tanam dalam diri — bila satu hari nanti aku nak buat pinjaman ke, urusan kewangan ke, aku akan cari Bank Islam dulu.
Dan ya, aku memang cuba buat macam tu. Tahun 2012, masa nak beli kereta, aku cari Bank Muamalat sebab masa tu dia ada tawaran special rate untuk pekerja kerajaan dan syarikat GLC macam Petronas dan anak-anak syarikatnya. Kebetulan aku masa tu kerja dengan MISC Logistics, anak syarikat Petronas Group.
Aku dapat rate 2.7% — kalau kerja government dapat 2.6%, memang antara paling rendah masa tu. Tapi bila masuk bab loan rumah, aku nak kembali ke niat asal: nak guna Bank Islam. Sekali... dua kali apply (tahun 2016 dan 2019) — dua-dua kena reject.
Alasan dia, syarikat aku kerja tu “bidang perkhidmatan” dan bank anggap risiko tinggi. Sedih weh. Aku siap tanya kenapa sebulan dah takde respon, baru dia cakap pasal “risk appetite” tu. Masa tu rasa kecewa tapi aku masih sempat cakap pada pegawai tu,
Aku pun bagi buah keramat ayat pedoman yang lama aku semat dalam jiwa sanubari kalbu — "kalau bukan SAYA orang Islam yang bantu muamalat Islam, siapa lagi?”
Tapi biasalah, dia cuma staff yang ikut prosedur. Aku pun bukan siapa-siapa, cuma pelanggan kecil yang nak pinjam duit. Akhirnya, aku try bank lain sampai la ke bank paling hujung dalam senarai — Maybank. Sebenarnya aku suka Maybank ni sebab apps dia senang guna, tapi tak expect dia yang luluskan loan tu. Ironinya, bank yang dalam senarai terakhir pulak yang bantu aku masa tu. Tapi ya, satu benda aku akui — kalau kau lambat bayar, dioranglah yang paling laju call! 😂
Kembali ke cerita Bank Islam tadi
Fast forward ke akaun Bank Islam aku tadi — lepas beberapa drama, akhirnya kad siap, akaun pun aktif. Aku pun deposit RM200+- sebagai permulaan, dengan niat nak perlahan-lahan kumpul sampai RM1,000 dalam tahun yang sama. Tapi biasalah, hidup ni bukan drama Korea — perancangan tak selalu jadi.
Pernah juga tahun 2024 aku berjaya naikkan baki sampai RM500+-. Tapi tak lama, datang ujian kewangan — itu rosak, ini kena bayar, ada kecemasan, semua keluar balik. Akhirnya akaun tu jadi macam “akaun keluar dari masuk” lebih dari akaun simpanan.
Hari Ini (11/11/2025)
Pagi ni aku lalu depan Bank Islam. Entah kenapa rasa nak jeling sikit bangunan tu. Sekali masuk email — penyata akaun BIMB. Dalam hati dah boleh agak sebab pernah bulan lepas cubaan untuk withdrawal masa tu butuhkan sedikit wang untuk belanja harian dan dapur, tapi bila buka oenyata, terus rasa... “Ouch.” Baki terakhir tak sampai pun tahap layak untuk apa-apa penyertaan atau cabutan. Memang rasa sayu.
Tapi aku masih pegang kata-kata keramat yang menjadi pedoman yang tersemat dalam jiwa sanubari kalbu tu,
“Kalau bukan AKU orang Islam yang bantu muamalat Islam, siapa lagi?”
Aku tetap akan berjuang untuk realisasikan impian yang orang mungkin kata mustahil ni. Aku tahu perjalanan aku lambat, penuh halangan, tapi aku percaya — kalau Allah kata Kun Fa Ya Kun, maka jadilah dengan IzinNya. 🙏
Cuma bezanya, aku tak ada modal besar, jadi aku kena rangka strategi sendiri, langkah demi langkah. Kadang rasa macam melangkah dalam gelap, tapi hati tetap yakin. Sebab dalam hidup ni, kadang rancangan kita tak jadi seperti yang dirancang — tapi mungkin Tuhan dah sediakan rancangan yang lebih baik.🌙
Bekas juruterbang Nuri menang RM1 juta
ALOR SETAR: "Mungkin asbab saya wakaf RM1,000, hari ini Allah gandakan jadi RM1 juta," kata Mohd Azhar Mohd @ Man, 53.
Pemegang akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) dari Guar Chempedak, Yan itu, hari ini diumumkan pemenang Cabutan Jutawan BSN Sijil Simpanan Premium (SSP) ke-102 pada majlis dihadiri Pengerusi BSN, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin, di sini.
Mohd Azhar bersama replika cek RM1 juta diterimanya.
Sebelum ini, kata bekas juruterbang pesawat Nuri itu, ada seorang ustaz meminta bantuannya untuk membayar RM5,000 kepada kontraktor yang membina pagar sebuah sekolah agama.
"Ia kerana individu yang asalnya mahu wakafkan pagar itu meninggal dunia. Akaun bank saya ketika itu cuma berbaki RM1,000, tapi saya terus pindahkan wang berkenaan ke akaun untuk bayar duit pagar yang dibina.
"Baki RM4,000 lagi, saya beritahu ustaz akan bayar kemudian. Tak sangka, mungkin kerana asbab saya wakaf RM1,000 itu, hari ini Allah gandakan jadi RM1 juta," kata pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu.
Katanya, dia tidak pernah terfikir dan tidak menyangka menang RM1 juta hasil menabung secara konsisten bersama BSN sejak 2000, sebaliknya hanya mensasarkan hadiah kereta ketika mula menyertai SSP.
"Adakala saya akan keluarkan balik duit SSP, tapi akan pastikan selepas itu, simpan semula secara konsisten. Alhamdulillah kali ini rezeki saya.
"Sebelum ini, pernah menang beberapa kali, tapi hadiahnya cuma beberapa ratus ringgit. Kali ini, apabila dimaklumkan menang RM1 juta, mulanya saya sangka ia penipuan dalam talian. Sehingga dihubungi pegawai BSN, baru saya percaya," katanya.
Katanya, rezeki itu akan diguna sebaiknya, termasuk berkongsi bersama isteri dan anak-anak sebagai simpanan masa depan mereka, melunaskan hutang dengan bank, termasuk pinjaman perumahan serta membawa keluarga menunaikan umrah.
Mohd Azhar yang kini bertugas secara kontrak sebagai jurulatih simulator helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas, di sini, berharap orang ramai tidak berputus asa untuk terus menabung sepertinya.
"Nasihat saya kepada penyimpan agar terus konsisten, selain itu sebagai orang Islam, bersedekah adalah amalan yang baik untuk menjemput rezeki. Pada masa sama, perlu bersangka baik dengan Allah.
"Buat solat sunat dhuha, bukan untuk rezeki sahaja, tapi untuk Allah mudahkan urusan kita juga," katanya.
Achieve financial prosperity and attain my first One million ringgit before or by 40
I aspire to achieve financial prosperity and attain my first One million ringgit before or by my 40th birthday falls on 2025.
My initial target date is;
- 1st January , 2025, followed by
- 23rd October 2025, and the final target is
- 31st December 2025. *final countdown
I'm hoping for a miracle to happen and however, if circumstances do not unfold as expected I guess I just have to adapt and continue living my life, exploring alternative paths depending on what I do best or interest level at that time to sustain myself including focusing on my family well being and no more Mr Nice effing guy treatment to all the mf's coming in my way.. middle life crisis really suck at this moment.
But let's hear this first, Source FB
Reminder to myself...
Kenapa makin nak dekat dengan Allah jalan tu makin susah? sebenarnya buka kita sorang je yang rasa sebab jalan menuju Allah itu..
Nabi Adam A.S terpisah dengan isteri tercinta
Nabi Nuh A.S sahsikan anak sendir mati tanpa iman
Nabi Ibrahim A.S dilempar dalam api yang besar
Nabi Ismail A.S. dibentang untuk disembelih oleh ayah sendiri
Nabi Yusuf A.S difitnah dan dihumban dalam penjara
Nabi Zakaria A.S wafat digergaji
Nabi Ayub A.S menderita sakit
Nabi Muhammad S.A.W hilang manusia yang dicintai
kenapa semua ni jadi?
sebab Allah declare dalam surah Al Ankabut ayat ke-2
"Adakah manusia menyangka mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami beriman sedang mereka belum lagi diuji
ada manusia makin diuji makin di salahkan takdir makin dia rebel dengan Tuhan dan makin jauh dia dengan Allah inilah azab
dan ada manusia yang diuji dengan ujian yang sama dia makin sujud dia makin meminta dan makin dekat dia dengan Allah
ini lah bahagia ujian bukan tanda kebencian Tuhan tapi cara Allah mengesahkan IMAN
Pencarian 2 Jutawan Edisi Gemilang 25 Tahun
Nampak nama naik, macam ada harapan 👐 tahun ni!
Pencarian Jutawan SSi 2023 sudah berakhir pada Februari 2024 dan siapakah bakal menjadi Jutawan itu? Bakal diumumkan tidak lama lagi.
Kini, pencarian 2 Jutawan SSi terbaru kami bagi tahun 2024 Edisi Gemilang 25 Tahun telah bermula! Kali ini, Sijil Simpanan Islamik (SSi) menawarkan hadiah terkumpul bernilai lebih RM5,000,000!🎊
Belum cuba produk simpanan patuh Syariah kami ini? Jom mula sekarang! Tarikh kempen bermula hari ini hingga 31 Disember 2024.
Untuk maklumat lanjut, layari www.muamalat.com.my atau lawati cawangan terdekat anda.
*Tertakluk pada terma dan syarat.
#SijilSimpananIslamik
#IslamicBankingForAll
Pemenang RM1 Juta Al-Awfar Tak Dapat Tidur Malam
Impian RM1 Juta Pertama
You Don’t Get Rewarded For Being Good. You Get Matched For Being Clear
You don’t get rewarded for being good. You get matched for being clear. Here's the number one sign you're going to be w...
-
"Kenapa Doa Masih Tidak Termakbul" Hari ini abam betul bersyukur kerana Allah menggerakkan hati abam dan kaki abam untuk masuk ked...
-
Unstoppable Growth A single seed stayed buried under a stone for years, and what happened after became one of the biggest lessons about life...
-
Stop chasing money. Start building the mindset that creates it. Wealth doesn't begin in your bank account, it begins in your mind. Lea...



