ALOR SETAR: "Mungkin asbab saya wakaf RM1,000, hari ini Allah gandakan jadi RM1 juta," kata Mohd Azhar Mohd @ Man, 53. Pemegang akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) dari Guar Chempedak, Yan itu, hari ini diumumkan pemenang Cabutan Jutawan BSN Sijil Simpanan Premium (SSP) ke-102 pada majlis dihadiri Pengerusi BSN, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin, di sini. Mohd Azhar bersama replika cek RM1 juta diterimanya. Sebelum ini, kata bekas juruterbang pesawat Nuri itu, ada seorang ustaz meminta bantuannya untuk membayar RM5,000 kepada kontraktor yang membina pagar sebuah sekolah agama. "Ia kerana individu yang asalnya mahu wakafkan pagar itu meninggal dunia. Akaun bank saya ketika itu cuma berbaki RM1,000, tapi saya terus pindahkan wang berkenaan ke akaun untuk bayar duit pagar yang dibina. "Baki RM4,000 lagi, saya beritahu ustaz akan bayar kemudian. Tak sangka, mungkin kerana asbab saya wakaf RM1,000 itu, hari ini Allah gandakan jadi RM1 juta," kata pesara Tentera Udara ...