Fasa Senyap
1. Andai kata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Nabi Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya... 2. Andai kata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Nabi Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya (bapa saudaranya menurut satu riwayat)... 3. Andai kata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Nabi Yunus as, yg terperangkap di dalam perut ikan. 4. Andai kata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan.kamu dilanda kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Nabi Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya. 5. Andai kata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih.Ingatlah kisah Nabi Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna. 6. Andai kata kamu difitnah...