Bila rasa hidup kosong

Tahun 2024 kalau kau rasa hidup kau kosong, boleh cuba baca dulu.

Selepas habis sekolah, saya terus bekerja. 

Setakat ini, berikut kerjaya yang saya pernah cuba :

1. Jana pendapatan sebagai atlet profesional.

2. Jana pendapatan dengan trade time masuk jam 8 pagi balik jam 5 petang. (Banyak industri dan syarikat saya pernah kerja)

3. Jana pendapatan sebagai penjawat awam. Pembantu tadbir gred N17 selama 6 tahun di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

4. Jana pendapatan dengan menjual di jalanan (self employed).

5. Jana pendapatan dengan bisnes dalam pelbagai jenis industri.

6. Jana pendapatan dengan platform online. Content creation, menulis dan produk digital.

Setakat ini Alhamdulillah, di mana pun fasa hidup saya, saya tak pernah rasa hidup kosong. 

Salah satu faktornya adalah kerana saya sentiasa explore dan suka cabaran baru dalam hidup.

Saya juga tidak membenarkan society atau sesiapa pun membentuk atau menentukan kerjaya saya.

Kalau kau selalu rasa hidup kau kosong dan sugul, mungkin kau boleh cuba izinkan diri untuk explore pelbagai jenis kerjaya dalam pelbagai jenis industri.

Sebenarnya boleh!

Cuma kau ingat tak boleh sebab mereka suruh kau fokus pada satu sahaja kerjaya, sehingga tiupan sangkakala.

Setiap kali mencuba, pastikan buat sehabis baik 200% always be a good one!

Ada kalanya benda yang kita buat berulang kali selama berpuluh tahun, sudah tidak lagi mencabar membuatkan kepala hotak jadi lepu dan akhirnya rasa sugul.

Teruskan mencari.

Satu hari nanti, kau pasti jumpa apa yang paling kena dengan jiwa.

Dont lose hope,
Keep going!

Axri wlater

No comments:

Post a Comment

MODAL RM37, UNTUNG 100% MILIK ANDA! JUAL PRODUK DIGITAL PALING LAKU 2026

Nak buat side income tapi tak ada produk sendiri? Tak tahu nak design? Gunakan Wasza Edupack Max ! Kami beri anda 17,000+ bahan pendidikan d...