1. Penjimatan Faedah
Semakin cepat hutang dilangsaikan, semakin kurang faedah yang perlu kita bayar kepada bank. Insterest dikira berdasarkan baki prinsipal (pokok). Jika kita menyelesaikan lebih awal, kita boleh menjimatkan puluhan atau ratusan ribu ringgit.
2. Bebas daripada Beban Hutang
Hidup tanpa hutang memberi ketenangan fikiran yang tiada tolok bandingnya. Jika dulu makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena lepas bebas dari hutang kita tidak risau tentang komitmen bulanan kepada bank lagi.
Kita sudah ada lebihan untuk meringankan perbelanjaan keluarga.
3. Kewangan Lebih Baik
Tanpa komitmen pinjaman rumah Loan Eligiblity (LE) menjadi lebih baik. Ia boleh membantu jika kita ingin memohon pinjaman lain seperti pinjaman perniagaan atau rumah baru.
4. Hak Milik Rumah Dalam Tangan
Rumah akan menjadi hak milik penuh kita bukan lagi bank. Geran ada ditangan. Kita boleh cash out money samad jual, sewakan dengan full positive cashflow atau menggunakannya sebagai cagaran.
5. Mengelakkan Risiko Kenaikan OPR
Jika kita mengambil pinjaman perumahan kita tertakluk kepada kadar OPR. Risikonya kita terpaksa membayar lebih apabila kadarnya meningkat. Kita boleh elak ketidakpastian ini.
6. Lebih Banyak Wang untuk Simpanan & Pelaburan
Wang yang sebelum ini digunakan untuk bayaran bulanan pinjaman boleh dialihkan ke 'bakul lain' yang memberikan pulangan lebih tinggi, seperti emas, hartanah dan sebagainya.
7. Insurans
Setiap loan pasti ada insurans untuk cover sepanjang tempoh loan tersebut. Apabila selesai bayar lebih awal dari tempoh kita boleh mohon untuk refund wang dari syarikat insurans terbabit.
8. Beli Kereta Idaman Percuma
Dengan positif cashflow kita boleh membeli kereta idaman yang sebelum ini tertangguh. Komitmennya pula dibayar oleh penyewa!
Namun sebelum buat full settlement, pastikan semak baki pinjaman untuk tahu jumlah pokok.
Atau jika terdapat penalti jika kita buat penyelesaian awal. Sesetengah pinjaman mengenakan penalti jika diselesaikan dalam tempoh tertentu (lock-in period).
*I will do early settlement before 50 or retire age - 17/2/2025 🤲🏻
No comments:
Post a Comment