Gaji Rendah Bayaran Kecil Loser Sangat ke Aku ni?

Saya pun pernah kerja makan gaji. Bukan sekejap. Lama kawan-kawan. Macam-macam kerja saya buat. 

Gaji Rm600 saya pernah rasa. Kerja separoh mampos tak dapat gaji pun saya pernah rasa.

Namun,

Beza saya dengan kebanyakan orang ialah, saya tak pernah marah orang yang bagi saya kerja.

Sebaliknya setiap kali saya dapat bayaran rendah, saya selalu hina dan marah diri saya kenapa saya ni loser sangat sampai kan saya jadi lelaki yang dibayar dengan bayaran yang sedikit?

Saya selalu tanya diri saya soalan ini 

Di manakah silap aku? Apa yang aku tak tahu? Dekat mana aku kena perbaiki?

Saya dapati, apabila saya fokus kepada perkara yang saya boleh kawal iaitu menambah baik nilai diri sendiri, saya dapati hidup saya terlalu banyak perubahan.

Suka atau tidak, dalam hidup ini tidak mustahil ada ketika kita akan rasa dizalimi namun kita sentiasa ada pilihan.

Kalau nak senaraikan perkara yang tidak adil di dalam hidup, kita semua ada terlalu banyak senarai.

Namun selepas kita senaraikan. Kita hanya akan mengeluh dan salahkan orang lain. Selepas itu, adakah hidup kita akan berubah?

Selain daripada diri kita, orang lain adalah di luar daripada kawalan kita. 

Fokus kepada perkara yang di dalam kawalan iaitu diri sendiri.

Jadi, tepuk dada tanya diri.

Sama ada mahu mengubah diri atau sepanjang hidup menyalahkan orang lain.

No comments:

Post a Comment

MODAL RM37, UNTUNG 100% MILIK ANDA! JUAL PRODUK DIGITAL PALING LAKU 2026

Nak buat side income tapi tak ada produk sendiri? Tak tahu nak design? Gunakan Wasza Edupack Max ! Kami beri anda 17,000+ bahan pendidikan d...