Skip to main content

Bila 40-49 Tahun bermula Fasa Senyap Hidup

 Fasa Senyap

MULAKAN KERJAYA BARU USIA 50-AN

MULAKAN KERJAYA BARU USIA 50-AN 
Selepas bekerja selama 26 tahun (1994 hingga 2020) dalam media cetak dan penyiaran -- saya mula merasa tidak relevan.

Zaman gelap (sunset) media massa sudah memuncak sejak 2013. Perolehan iklan semua rangkaian media konvensional merudum teruk.

Segala pengalaman, bakat dan kerja keras -- tidak lagi mampu menyelamatkan perniagaan media massa.

Migrasi iklan beralih secara drastik ke media sosial.

Tabiat pengguna juga bertukar dengan pantas; beralih ke media baharu. 

Rangkaian TV, radio dan akhbar mulai menjadi 'media antik'. 

Akhbar jadi 'rare'; radio hanya teman dalam kereta dan skrin TV mulai berhabuk.

Penonton beralih ke kandungan berbayar di platform streaming.

APA PUN -- BERUNDUR JADI LANGKAH 'SILAP'
Saya berhenti sebagai Senior VP di TV pada 2020. 

Harapan memulakan kerjaya baru terlalu besar -- mahu menggunakan pengalaman berkerja di media massa sebagai 'modal' menjadi konsultan.

Akhirnya gagal. Saya ke agensi demi agensi kerajaan menawarkan khidmat penjualan buku di media sosial. 

Malah, naik turun ke pelbagai agensi lain untuk mendapatkan geran memulakan projek 'muzik video' berasaskan novel.

MENERIMA KEGAGALAN
Akhirnya, saya sedar. Idea bukan untuk dijual. Tempat terbaik bagi idea ialah memulakannya sendiri.

Idea kita dilihat sebagai 'mimpi kosong' bagi yang menolak peralihan pemasaran konvensional ke penerokaan idea inovatif.

TERIMA KASIH INSTITUT BUKU DARUL EHSAN (IDBE)
Saya tak ada modal untuk mulakan strim penjualan buku.

Pada Mac 2022 -- saya nekad mulakan strim di Facebook. 

Tanpa modal; saya hanya gunakan phone peribadi dan tripod kecil serta mikrofon murah RM120.

IDBE tawarkan rundingan mudah. Saya jual buku dalam strim 'live' dan mereka berikan komisen 40 peratus bagi setiap satu judul buku.

Urusan tempahan dan penghantaran IBDE uruskan.

Tanpa bajet; saya mulakan strim di jalanan. Set dan lampu -- pakai apa yang ada di sekitar KL. Semua percuma. Kos internet sekitar RM5 per 90 minit.

Bulan pertama; Mac 2022 -- jumlah buku terjual melebihi 900 buah. Komisen terkumpul sekitar RM28 ribu.

Gaji jurukamera dan pembantu strim saya bayar dengan menjual pakaian terpakai yang tersimpan dalam almari. 

Sesi strim cari duit gaji -- buat di ruang tamu rumah tiap pagi hujung minggu.

Gaji peribadi juga diambil dari jualan pakaian.

Baju kerja pejabat, koleksi jam Tag Heuer dan denim serta kasut Red Wing koleksi peribadi; saya jual sebagai kos sara diri dan operasi harian.

Wang komisen jualan buku, IDBE tolong simpankan.

"BANG... DUITNYA KAMI TAK BOLEH SIMPAN LAMA...."
Empat bulan kemudian: 

"Bang," kata Ainul Muaiyanah -- Pengurus Jualan IBDE: "Komisen dah capai RM78 ribu dalam empat bulan. Duit kena keluarkan sebab dah lama kami simpan."

Saya buntu sekejap. RM78 ribu dikumpul selama empat bulan sepanjang strim jualan buku di jalanan. 

Kalau keluarkan dan salah urus; wang akan habis begitu saja. Saya akan kembali ke takuk lama; kekal strim di jalanan.

Akhirnya -- saya ajak Nua Garage.

"Nua," kata saya: "Jom... buka studio dan jual bundle."

Saya jelaskan: "Kos bulanan studio tinggi -- tak mampu kalau pendapatan hanya sekadar jual buku...."

Nua Garage mahir jualan pakaian terpakai. Dia ada pengalaman hampir 25 tahun uruskan kedai bundle.

Nua Garage setuju.

Akhirnya dengan duit komisen jual buku IBDE -- saya buka Studio ZRA pada 5 September 2022.

MIGRASI KE TTOK
Dua tahun di Facebook -- Ainul Muaiyanah beritahu (November 2023): "Elok abang migrasi jual buku di TTok."

Ketika itu lebih 20 akaun TTok gunakan video reviu buku saya yang disunting dari video asal Facebook. 

Saya benarkan pengunaannya. Malah, saya galakkan; tanpa sebarang caj komersil. Pakailah... selagi mampu mereka menjana pendapatan.

Kesan ketara dapat dilihat pada lonjakan jualan buku Nabi Muhammad SAW tulisan Martin Ling.

BERKEMBANG KE TTOK
Akhirnya, pada 6 Jun 2024 -- saya nekad ke TTok dan live dua ke tiga kali sehari tanpa cuti.

Sekarang sudah 11 bulan di TTok dengan capaian jualan buku melebihi 23 ribu naskhah.

50-AN USIA MULAKAN KERJAYA BARU
Saya anggap apa yang berlaku selepas meninggalkan media massa; sebagai "memulakan kerjaya baru pada usia 50-an".

Kerjanya di media sosial sedikit rumit. Sebab masih merangkak -- jadual berkerja sekitar 12 ke 14 jam sehari.

Purata strim di TTok -- sekitar lima jam sehari bagi dua slot. Manakala di Facebook -- tiga jam sehari bermula setiap 9 malam.

Kerja menyediakan bahan laporan geopolitik di Facebook memerlukan proses analisis fakta dan pilihan video. 

Proses ini mengambil masa empat ke lima jam sehari.

KESEDARAN
Saya percaya; pada era perubahan yang sedang dan akan terus berlaku dengan pantas -- cabaran kerjaya pada masa depan; ialah mengekalkan kompetensi.

Nilai kompeten berkerja dalam tiap bidang -- potensi untuk kekal relevan hanya sekitar 15 hingga 20 tahun.

Kita mesti bersedia untuk beralih kerjaya apabila titik puncak pencapaian mulai mengalami rosot nilai.

Pada era mendatang; seseorang sukar menjadi relevan melebihi 20 tahun sekiranya berada dalam satu kerjaya sahaja.

Pertumbuhan dan peralihan pantas dalam demand pekerjaan -- tidak mampu menjadikan majoriti kita relevan selama 35 ke 40 tahun dalam satu kerjaya yang sama.

Saya jangka -- itulah realitinya tak lama lagi. 

Lebih 50 ribu pekerja media massa sudah kehilangan kerja di seluruh dunia sejak 2018. Kurang 10 peratus mendapat pekerjaan baru dalam bidang yang sama.

Mudahnya; mula bekerja pada usia 20-an -- dan kekal sampai pencen; akan jadi mitos. 

Selepas 15 ke 20 tahun bekerja -- kita sukar kekal relevan.

Kita mesti bersedia untuk menerima hakikat -- usia 45 ke 50-an; ialah titik memulakan kerjaya baharu.

Comments

Popular posts from this blog

Bila Usia 40

RT

Kenapa Doa Masih Tidak Termakbul

"Kenapa Doa Masih Tidak Termakbul" Hari ini abam betul bersyukur kerana Allah menggerakkan hati abam dan kaki abam untuk masuk kedalam masjid setelah selesai solat maghrib.. Dalam tgh mencari ruang solat didalam perkarangan masjid, abam terdengar suara bayan didalam bahasa Nusantara.. Bayan yang disampaikan oleh Ustadz Ariful Bahri....  Ustadz Ariful Bahri adalah pendakwah yang berasal Indonesia yang menjadi pengisi kajian resmi di Masjid Nabawi Sejak dari tahun 2019 lagi...  Satu perkara yang sangat menarik perhatian abam.. apabila disebutkan bahawa, antara sebab doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah.. Bukan kerana Allah tidak mendengar, tetapi kerana kita masih menyimpan banyak dosa sesama manusia, dimana masih ada dosa menyakiti hati orang, menzalimi, mengambil hak orang lain. Selagi perkara ini tidak diselesaikan, doa kita tidak akan dikhabulkan.. malah kita akan diazab...  Perkara yang kedua yang sangat penting ialah tentang cara kita berdoa... Kita banyak berdoa, t...

MY ADVICE TO MY SON, MY DAUGHTER & YOUTHS

1. Your control of your sexual urges will be the reason you are either successful or a failure. 2. Porn and masturbation is the greatest killer of success. It stunt and destroy your brain. 3. Avoid drinking alcohol like a camel drinking water. Nothing worse than losing your senses and acting a fool. 4. Keep your standards high and don't settle for something because it's available. 5. If you find someone smarter than you, work with them, don't compete. 6. No one is coming to save your problems. Your life's 100% is your responsibility. 7. You shouldn't take advice from people who are not where you want to be in life. 8. Find new ways to make money. Make money and ignore the jokers who mocks and make fun of you. 9. You don't need 100 self-help books, all you need is action and self discipline. Be disciplined! 10. Avoid drugs. Avoid weed. 11. Learn skills on YouTube not wasting your time consuming shitty content on Netflix. 12. No one cares about you. So stop being ...