Skip to main content

The Universe Doesn't Respond to Good or Bad - Part 2

“Good” and “bad” are mental constructs the mind uses to feel in control, not reflections of how reality actually operates. How to fix it: regulate your nervous system, stop over-explaining, act before doubt spirals, and align de The universe doesn't reward good or bad. It responds to energy, speed and internal resistance. Just like fire burns the same whether you're a saint or a sinner, outcome follows how it's used, not who you are. And bad people feel regulated inside risk, pressure and conflict. And their nervous system feels safe taking action quickly. Bad people's subconscious mind expects things to work out so there's less guilt, self-doubt and anxiety to slow things down. And remember, the universe doesn't reward being good. It responds when belief, emotion and action align .

Macam Mana Nak Betul-Betul Capai Matlamat Tahun 2026 Berdasarkan Bukti Sains

Macam Mana Nak Betul-Betul Capai Matlamat Tahun 2026?

Ini Berdasarkan Bukti Sains. 

Ramai orang pasang azam baru setiap tahun.
Tapi bila masuk bulan Mac, separuh dah hilang arah.
Masuk bulan Jun, semua tinggal angan2.

Yang peliknya — kenapa ada orang boleh capai semua yang dia rancang,
tapi ramai lagi tersangkut separuh jalan?

Sebenarnya beza dia bukan sebab “semangat,”
bukan sebab “rajin,”
tapi sebab orang yang berjaya ni tahu macam mana nak bagi otak dia berpakat dengan diri dia sendiri.

Dan ada 5 cara mudah yang sains dah buktikan boleh naikkan peluang untuk capai matlamat jauh lebih tinggi.

Kalau anda buat semua ni, peluang anda boleh naik sampai 40% lebih tinggi.
________________________________________
1. Tulis Matlamat Anda. Jangan Simpan Dalam Kepala.

Dulu ada sorang jutawan nama dia Jim Rohn.
Masa umur dia 25 tahun, dia tengah susah, tak ada duit langsung.

Satu hari mentor dia tanya,
“Jim, mana senarai goal kau?”
Dia jawab,
“Saya tak ada.”

Mentor tu cakap,
“Kalau kau tak ada senarai goal, aku boleh agak baki akaun kau dengan beza tak sampai seratus dolar.”
Dan dia teka — tepat.
Jim terdiam.

Dia tanya balik, “Jadi kalau saya tulis goal, hidup saya boleh berubah?”
Mentor dia jawab, “Dengan drastik.”

Dan dari situ, Jim mula tulis semua impian dia — 
dan hidup dia memang berubah betul.

Sains pun kata benda sama.
Kajian dari Dominican University dapati orang yang tulis goal
akan 42% lebih berjaya capai apa yang dia nak.
Empat puluh dua peratus.
Itu beza besar cuma sebab tulis atas kertas.

Saya sendiri pun buat benda ni.
Saya guna satu fail Google Docs.

Setiap tiga bulan, saya set 3 ke 4 matlamat je.
Kalau lebih, saya tak jalan.
Tapi bila tiga ke empat, saya boleh fokus dan nampak progress.
________________________________________
2. Tengok Balik Goal Tu Setiap Minggu.

Ramai orang semangat masa awal tahun.
Tulis siap dalam notebook cantik, siap highlight.
Lepas tu?
Tak pernah buka balik.

Masalahnya — otak manusia ni cepat lupa.
Kalau kita tak ulang tengok apa yang kita nak,
lama-lama otak fikir benda tu tak penting.

Ada satu bahagian dalam otak nama dia RAS — 
Reticular Activating System.
Kerja dia tapis semua maklumat yang masuk, dan cuma bagi perhatian pada benda yang penting.

Kalau anda tengah plan nak beli kereta Ativa,
tiba-tiba setiap kali keluar rumah, anda nampak Ativa kat mana-mana.
Padahal bukan semua orang baru beli kereta tu.
Cuma otak anda dah “set” untuk nampak benda tu.

Sama juga dengan matlamat hidup.
Kalau anda nak capai sesuatu,
otak kena diingatkan supaya dia fokus ke arah tu.

Sebab tu saya akan semak balik senarai goal saya setiap minggu.
Saya buka balik dokumen tu, tengok semula 3–4 benda utama yang saya nak capai.
Saya tanya diri,
“Okay, benda ni dah jalan ke belum?”

Setiap Ahad saya pilih 3 keutamaan untuk minggu depan.
Pagi-pagi Isnin, saya tengok balik dan tanya diri,
“Macam mana progress minggu ni?”
Ambil masa 10–20 saat je. Tapi kesan dia besar.
Sebab kalau tak buat, otak kita senang hanyut.
________________________________________
3. Pantau Progres Anda.

Ada satu kajian besar — gabungan 138 kajian lain, dengan hampir 20,000 orang.

Hasil dia jelas:
orang yang pantau perkembangan dia secara konsisten lebih senang capai matlamat.

Saya buat cara senang.
Setiap projek client, saya bagi tanda warna:
🟢 Hijau = ikut plan.
🟡 Kuning = lari sikit, tapi ada plan nak betulkan.
🔴 Merah = off track, belum ada plan.

Kadang bila team tengah siapkan konten untuk klien,
saya tak tunggu result akhir baru nak rasa puas.
Saya tengok berapa video dah siap, berapa yang dah disemak, berapa yang dah naik view.
Macam main game — nampak “progress bar” makin penuh, rasa puas.

Kenapa benda ni berkesan?
Sebab bila nampak kemajuan walau kecil, otak kita lepaskan dopamine.
Kita rasa puas dan makin semangat nak teruskan.

Kalau anda tak pantau langsung,
anda sebenarnya buang peluang besar nak kekal konsisten.
________________________________________
4. Bayangkan Halangan — Dan Buat Pelan Awal.

Ramai orang set impian besar, tapi tak fikir halangan.
Bila benda susah sikit, terus berhenti.

Ada seorang ahli psikologi dari Jerman, Gabriele Oettingen, yang kaji benda ni.

Dia cipta satu teknik nama dia WOOP, singkatan untuk:
• Wish – apa anda nak.
• Outcome – hasil bila anda capai.
• Obstacle – halangan yang mungkin datang.
• Plan – apa anda akan buat bila halangan tu muncul.

Contoh, anda nak kembangkan bisnes atau nak post konten setiap hari.
Halangan: tak cukup masa, tak ada idea, tak sempat edit, atau hilang semangat.

So buat pelan siap-siap.
“Kalau saya tak sempat, saya batch satu hari untuk semua video.”
“Kalau saya hilang idea, saya semak balik content lama klien.”
“Kalau saya penat, saya ambil rehat sekejap, tapi jangan berhenti lama.”

Ambil masa tiga minit je nak fikir semua ni.
Tapi sains menunjukkan, orang yang buat WOOP lebih konsisten dan cepat nampak hasil.
________________________________________
5. Kaitkan Matlamat Dengan Siapa Diri Anda.

Ni part paling ramai tak perasan.
Ada satu kajian pasal pilihan raya.
Separuh orang ditanya, “Adakah anda akan mengundi?”
Separuh lagi ditanya, “Adakah anda seorang pengundi?”
Yang ditanya versi kedua — lebih ramai yang betul-betul keluar mengundi.
Sebab bila benda tu jadi identiti, bukan sekadar “aktiviti,”
kita rasa bertanggungjawab nak kekal dengan dia.

Contoh:
Bukan “saya nak jadi konsisten buat konten.” Tapi “saya seorang content creator.”
Bukan “saya nak cari lebih banyak klien.” Tapi “saya seorang usahawan yang bantu bisnes lain berkembang.”
Bila kita ubah cara kita label diri, tindakan pun berubah.

Saya dulu pun sama — masa mula buat content, saya tak berani panggil diri saya “content strategist.”
Rasa macam belum layak.
Tapi bila saya mula cakap “saya bantu brand dan creator untuk grow,”
setiap kali saya malas, saya ingat balik,
“Kalau saya betul-betul nak bantu orang, saya kena terus buat.”
Itu kekuatan identiti.

Tony Robbins pernah cakap,
“Kekuatan paling besar dalam diri manusia ialah keperluan untuk kekal konsisten dengan siapa dia rasa dirinya.”

Kalau anda label diri anda “pemalas,”
anda akan bertindak macam orang malas.
Tapi kalau anda label diri anda “usahawan,” “pencipta,” “pemimpin,”
anda akan mula buat tindakan yang sepadan dengan identiti tu.
________________________________________
Kesimpulan:

Kalau anda nak betul-betul capai apa yang anda target tahun 2026, buat lima benda ni:
1. Tulis matlamat anda.
2. Tengok balik setiap minggu.
3. Pantau perkembangan anda.
4. Bayangkan halangan dan siap dengan pelan.
5. Kaitkan dengan identiti diri anda.

Tapi jangan tamak.
Kalau terlalu banyak matlamat, satu pun tak jadi.

Buat sikit tapi konsisten.
Malam ni, buka nota anda.
Tulis 3–4 matlamat utama untuk suku pertama 2026.

Esok, pilih satu langkah kecil untuk mula.
Tak perlu tunggu “ready.”

Sebab kejayaan tak datang dari plan sempurna,
dia datang dari orang yang mula dulu.

Comments

Popular posts from this blog

Bila Usia 40

RT

Kenapa Doa Masih Tidak Termakbul

"Kenapa Doa Masih Tidak Termakbul" Hari ini abam betul bersyukur kerana Allah menggerakkan hati abam dan kaki abam untuk masuk kedalam masjid setelah selesai solat maghrib.. Dalam tgh mencari ruang solat didalam perkarangan masjid, abam terdengar suara bayan didalam bahasa Nusantara.. Bayan yang disampaikan oleh Ustadz Ariful Bahri....  Ustadz Ariful Bahri adalah pendakwah yang berasal Indonesia yang menjadi pengisi kajian resmi di Masjid Nabawi Sejak dari tahun 2019 lagi...  Satu perkara yang sangat menarik perhatian abam.. apabila disebutkan bahawa, antara sebab doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah.. Bukan kerana Allah tidak mendengar, tetapi kerana kita masih menyimpan banyak dosa sesama manusia, dimana masih ada dosa menyakiti hati orang, menzalimi, mengambil hak orang lain. Selagi perkara ini tidak diselesaikan, doa kita tidak akan dikhabulkan.. malah kita akan diazab...  Perkara yang kedua yang sangat penting ialah tentang cara kita berdoa... Kita banyak berdoa, t...

The Name It and Claim It Game" by Helene Hadsell

"The Name It and Claim It Game" by Helene Hadsell is a book that focuses on winning contests and applying similar principles to achieve success in life. Here's a brief overview of the topics covered in the book : 1. Introduction : An overview of the book's purpose and Helene Hadsell's background . The introduction of the book sets the stage by explaining Helene Hadsell's journey and how she discovered the principles that helped her win countless contests. She shares her initial skepticism and how she gradually became convinced of the power of her methods. The introduction aims to inspire readers by showing that anyone can achieve similar success with the right mindset and techniques 2. SPEC Formula : A 4-step Law of Attraction formula to help readers win prizes and achieve goals. The SPEC formula stands for Select It, Project It, Expect It, and Collect It. This is Hadsell’s step-by-step method to manifest desires. Selecting involves clearly identifying what y...