Jawapannya kita sendiri pun tahu... Tak ramai.😔
Tangga gaji permulaan (gaji pokok) bagi pemegang ijazah sarjana muda (degree) dalam sektor awam Malaysia secara amnya bermula daripada RM2,200 hingga RM3,400 sebulan.
Anggaran ini diletakkan di bawah Kumpulan Pengurusan & Profesional (biasanya Gred 41) mengikut Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Nak mencapai ke gaji RM5K sebulan tu perlukan masa 7~8 tahun. Itu yang masuk ada ijazah. Bagi mereka yang cuma ada Diploma/STPM tentulah kenaikan gaji mereka lebih rendah.
Kat swasta lagi 'keras'. Kenaikan gaji ikut suka hati bos. Ada yang kerja dah 7~8 tahun, baru sekali dua saja merasa kenaikan gaji... Malah ada yang dah 5 tahun langsung tak pernah merasa kenaikan gaji❗️
Dan sekarang pakar ekonomi cakap 1 juta tak cukup untuk bersara dengan selesa sedangkan kita yang tengah membanting tulang setiap hari kerja ni nak simpan lebih sikit pun sakit sangat rasanya...😢
Wang 1 juta di KWSP dengan dividen 6% setahun akan berikan kita RM5000 sebulan. Cukup tak RM5000 sebulan pada usia 60 waktu kita dah bersara?
Jawapannya adalah "Subjektif". Ada yang kata cukup, ada yang kata tak cukup, ada yang cakap tak selesa cam pakar ekonomi tu kata dan ada yang ucapkan syukur dengan segala nikmat dan rezeki yang telah ditentukan oleh Allah SWT. 'Alhamdulillah'.
Rasulullah SAW bersabda bahawa kekayaan sejati bukanlah memiliki banyak harta, melainkan kekayaan jiwa (jiwa yang merasa cukup).
Ramai sekarang orang 'bergaji besar' kata tak cukup sebab dia dah biasa belanja besar setiap bulan.
Ramai yang 'bergaji kecil' pula kata kalau ada 1 juta tu cukuplah untuk dia bersara dengan selesa.
Mengapa ada dua perspektif yang berbeza? Sebabnya gaya hidup, hutang dan komitmen kedua-dua golongan ini tidak sama.
Satu pergi kerja naik kereta harga beratus ribu nilainya, satu lagi pergi kerja dengan naik Axia rahmah transmisi manual sahaja.
Itu baru bab berkereta. Belum lagi cerita komitmen loan hutang rumah dan gaya hidup yang lainnya...
Kadang kita terlupa... Begitu ramai kakitangan awam yang pencen dulu dan sekarang ni menerima pencen tak sampai 5K pun sebulan tapi hidup mereka alhamdulillah, tak mewah tapi cukup makan pakainya.
Apa rahsianya? Selesaikan hutang² besar seperti rumah dan kereta dan kecilkan komitmen yang ada sebelum bersara.
Biasanya anak² masa tu kebanyakkan dah bekerja dan mempunyai keluarga sendiri.
Dah terlepas tanggungan kita terhadap mereka. Perbelanjaan kita masa bersara nanti hanyalah makan minum serta keperluan ubat-ubatan untuk kita dan isteri tercinta.
Masa tu kita makan pun dah tak banyak mana... Kadang makan nasi sekali tengahari kenyangnya membawa sampai ke malam.
Katalah bajet untuk makan sehari dalam RM40 untuk seorang, kalau berdua baru RM80 sehari. Untuk sebulan baru RM2400 sahaja. Ada banyak lagi 'balance' dari elaun 4~5K yang tinggal hasil dari wang 1 juta kat KWSP tu.
Tapi kan, dah tua² gitu apa la yang kita boleh makan sampai perlahap sangat hingga RM40 sehari tu... Kat kedai mamak di rumah aku pun kalau ambik ayam dan sotong baru dalam RM20++ je la ni.
Makan sekali kenyang sampai ke subuh esok hari...😅 Anyway ni aku sembang cara aku la...
Kesimpulannya bagi aku, kalau dah takda hutang rumah dan kereta, wang sebanyak 1 juta ni dah cukup bagi aku bersara dengan selesa kat Malaysia ni.
Orang lain mungkin berbeza pandangannya dengan aku sebab gaya hidup dan life style kita tak sama, saiz kasut kita juga berbeza-beza...😉
Begitulah.
#MERZ
No comments:
Post a Comment