Permulaan Kita Tak Sama

PERMULAAN KITA TAK SAMA.

Waktu di universiti dulu, saya selalu jumpa rakan sebaya yg dari keluarga berada. Terdetik juga rasa cemburu dan jealous. Tipu la kalau cakap tak iri hati sebab :

1. Saya struggle hari hari lepas kuliah kena kerja, sebab nak bayar duit moto. Mereka, datang kuliah berkereta yang diberi okeh keluarga. 

2. Mereka boleh fokus untuk study sebab tak perlu bekerja. Saya balik kerja jam 12-1am, kalau tak penat boleh la study. 

3. Pagi pukul 8am dah kena masuk kelas. Biasanya kuliah pagi mmg hanya badan saya sahaja dalam kelas, tapi roh saya masih tidur 🤣

4. Bila mula kerja, saya masih naik motor dan majority rakan sekerja yang gaji sama sudah ada kereta. Dan bukan kereta proton atau Myvi, tapi minima Honda n Toyota.

5. Bila saya mula melabur, jumpa ramai kawan baru yang ibu bapa mereka dah melabur berpuluh tahun. Ibu bapa mereka jadi mentor mereka, ada advantage besar berbanding dgn saya yang dari keluarga B40.

6. Bila nak kahwin, saya lihat ada kawan yang majlis perkahwinan mereka buat di hotel mahal yang disponsor oleh ibu bapa mereka. Ramai org muda tak bernasib baik begitu hingga kena buat personal loan semata mata utk berkahwin.

7. Bila nak mula berniaga, kena guna modal hasil dari pelaburan. Tiada modal FAMA, tiada role model dalam keluarga yang pernah berjaya berniaga. Mula dari kosong.

Sebab tu hari ini, bila saya lihat orang yang beli kereta atau rumah umur 21, saya tak kagum. Sebab besar kemungkinan mereka datang dari keluarga yang mampu. Wang bukan masalah besar.

Dan bila saya lihat umur dah 36 baru nak beli rumah, saya juga tidak akan kecam. Kerana mungkin mereka mcm klien saya yang terpaksa tanggung hutang keluarga dahulu, atau besarkan /lepaskan adik adik kecil yg sedang belajar, atau bantu pembiayaan ahli keluarga yang sakit. Nasib kita semua tak sama, dan permulaan kita juga tak sama, kan? ❤️

No comments:

Post a Comment

MODAL RM37, UNTUNG 100% MILIK ANDA! JUAL PRODUK DIGITAL PALING LAKU 2026

Nak buat side income tapi tak ada produk sendiri? Tak tahu nak design? Gunakan Wasza Edupack Max ! Kami beri anda 17,000+ bahan pendidikan d...